Sabtu, 5 Mac 2011

MAAF !!!!!!!!!

Dicatat oleh Namaku Amir di 6:07 PG 0 ulasan
Maaf sebab lama tak buka blog,sebabnya suka baca buku lawak kampus je. Amir tak buka blog ada lagi satu sebab asyik tengok tv ulang kaji yang paling penting kekadang bukak fb. sekarang dah bukak dah,dah lama tak bukak blog sampai tak ingat nak tulis macam ni. Amir dah la bukak blog pukul 10:17. Amir teringat kat blog sebab nampak b bermaksud blog. Kakak tengah baring sambil baca buku Amir tajuk buku tu LAWAK SHABU SHABU. Abang tengah tidur kat bilik sebelah. Ayah tengah main komputer.Mama tengah buat kerja tapi tak tahu tengah buat kerja ape. Tapi ngantuk gak eee berjaga memalam. HAAAAAH ngantuknya. Panas la pulak kat bilik kakak dah lah kipas bukak nombor 5 Amir ulang sekali lagi ehem nombor 5. Mengerikan. Tapi bilik sebelah kan eh kena bisik-bisik kalau nak tau bilik sebelah kalau bukak nombor 5 nanti rasa rasa rasa sejuk. Alah takut tak,kalau takut jangan takut alah saje je nak buat lawak. Okey lah bai.dah ppukul 10:31 dah nak tidurlah HAAAAAH.

Ahad, 11 Julai 2010

AWAN DI PROTON CITY

Dicatat oleh Namaku Amir di 5:04 PG 0 ulasan

Pada hari Sabtu, saya dan keluarga pergi ke Proton City selepas selesai menghantar kakak ke asrama. Sebelum menghantar kakak, kakak membeli barang di Yat Fong. Saya membeli koko krunch. Saya dan abang makan koko krunch di dalam kereta. Dalam perjalanan ayah berhenti mengambil gambar. Ayah kata awan hari ini sangat cantik.


Ini gambar pintu gerbang di Proton City.



Semasa di Proton City, saya nampak ada orang bermain layang-layang. Saya teringin nak bermain layang-layang tapi masa tidak mengizinkan. Kira-kira pukul 6:40 petang kami pulang ke rumah. Ayah masih mengambil gambar-gambar awan. Kami juga mengambarkan awan dengan berbagai gambaran. Kelakarnya......

Cuba cari pelangi dalam gambar di atas.

Cuba teka apa ada dalam gambar di atas.

Terima kasih ayah, kerana memberi kebenaran mengambil gambar ini dari facebook ayah.

Sabtu, 10 Julai 2010

Alvin and the Chipmunk - Basshunter - Now Your Gone

Dicatat oleh Namaku Amir di 12:47 PG 0 ulasan

mari menyanyi

Dicatat oleh Namaku Amir di 12:36 PG 0 ulasan
Satu, satu...
Saya sayang ibu

Dua, dua...
Saya sayang bapa

Tiga, tiga...
Sayang adik kakak

Satu, dua, tiga...
Sayang semuanya.

Rabu, 7 Julai 2010

PERTANDINGAN MEREKA BLOG

Dicatat oleh Namaku Amir di 3:43 PG 0 ulasan
Masa hari Rabu,masa tu kokurikulum Amir pergi dengan Aiman. Pagi-pagi Kamarul,Shahzan dengan Mustaqim tak kawan Aiman pastu tetiba je kawan balik semula.

Ok petang tu Amir pergi dengan Aiman masa petang kira-kira pukul 2:14 petang. Kitorang tunggu je sampai pukul 3:30 petang. Pada pukul 2:30 petang, Aiman cakap dengan cikgu"CIKGU KITORANG NAK LETAK BEG,BOLEH TAK".Lepas itu cikgu balas "BOLEH TAPI SEKEJAP AJE"cakap sambil marah eeiiiiiii............ mengerikan.Tapi cikgu bagi letak beg.

Amir letaklah beg, lepas tu Amir ikut pergi tengok bola dekat padang tapi Amir tak main pun opppssssss terlupa nak cakap sebenarnya pertandingan itu bermula bulan 10 nanti, sorry laaaaaaa.

Ok ok ok Amir buat sekarang nanti masa pertandingan bukak je nanti cikgu gembiraaaa lepas ni nak letak facebook,buat followers,warna blog dengan buat shout box dah tata..............

Ahad, 1 Mac 2009

Dashat!!! Blog Saya Dalam Suratkhabar

Dicatat oleh Namaku Amir di 6:14 PTG 3 ulasan
Blog saya ada dalam suratkhabar Tanjong Malim!!! Kalau tak percaya tengok kat bawah ini.Siapa yang ingin mencuba, layarinya di sini.

Rabu, 25 Februari 2009

Hari Yang Gembira

Dicatat oleh Namaku Amir di 4:01 PG 6 ulasan
Sebenarnya saya nak tulis dari dulu lagi tapi takut nak tulis. Sekarang saya dah tak takut lagi nak tulis. Sekaranglah peluang nak tulisnya.

Pada suatu hari, ketika ayah balik dari kerja ada seorang kawan ayah datang ke rumah saya. Pada mulanya saya ingatkan dia pencuri tapi sebenarnya dia kawan ayah.

Kawan ayah saya ada anak. Anak dia best sangat sebab dia power bila main game PS2. Kalau tak tengok rugi. Syok bila tengok dia main, macam tau2 je.

Lepas main dia ajak pergi rumah sedara dia. Kami pun pergi lah. Baik tau orang dekat sana. Kat sana kita orang main bantal. Malamnya pulak dia orang beri kami makan yang sedap2.

Sebelum balik ke rumah ayah ajak kami pusing2 kat Proton City. Sampai kat rumah saya tidur.

Tamat. Bye2.
 

Kilat Dalam Kilau Copyright © 2010 Designed by Amir Azlan Sponsored by Online Shop Vector by Artshare