Hey Boh !

Welcome to my BLOG!!!!!!

Ahad, 16 November 2008

Hari Yang Gembira

Dicatat oleh Namaku Amir di 4:04 PG 2 ulasan

Pada hari Khamis 13 November 2008, sekolah saya telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang. Saya dapat hadiah kerana saya dapat nombor satu. Saya sangat gembira.


Saya sempat bergambar bersama kawan saya Amirul Haziq, Amin dan Haikal. Saya juga bergambar bersama Cikgu Rohasima dan Cikgu Nor Aini. Terima Kasih cikgu kerana telah mengajar saya.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Hari yang seronok

Dicatat oleh Namaku Amir di 5:34 PG 13 ulasan
Sepanjang cuti sekolah ini saya dan keluarga saya tidak pergi kemana-mana. Pada malam Sabtu saya, mama, abang dan kakak pergi pusing-pusing di Bandar Kluang.

Mula-mula kami memesan burger di kiosk burger berhampiran dengan fun-fair. Sementara menunggu burger kami melihat permainan di dalam fun-fair. Saya melihat pelbagai hadiah di fun-fair.


Selepas itu kami mengambil burger dan kakak membeli air mineral serta aiskrim. Kami menuju ke taman permainan. Sebelum bermain kami makan aiskrim serta burger. Selesai makan kami main permainan. Saya berasa sangat gembira kerana mama membawa saya ke seluruh Bandar Kluang.

Kami juga pergi ke tasik. Saya, abang dan kakak bermain pijak bayang-bayang dan tangkap-tangkap. Kami bermain hingga letih dan berasa sangat haus. Dalam perlajanan pulang, kami singgah di warung gelas besar. Kami minum fresh oren. Seterusnya kami terus pulang ke rumah.

Terima kasih mama.... Saya rasa sungguh seronok....

Sabtu, 2 Ogos 2008

Biodata Saya

Dicatat oleh Namaku Amir di 8:50 PTG 5 ulasan
Nama saya Amir. Umur saya sebelas tahun. Saya tinggal di Kampung Baru. Saya suka bermain Ps2 dan menonton televisyen. Keluarga saya memanggil saya Si Kenit kerana saya yang paling bongsu. Tidak lama lagi saya akan dipanggil abang kerana saya hendak mendapat adik baru.

Saya ada tiga orang adik beradik. Nama kakak saya Amira dan nama abang saya Amirul. Nama ayah saya Azlan dan nama emak saya Rozita. Ayah saya suka mengajar saya menggunakan komputer. Emak saya sangat baik hati. Kadang-kadang emak saya tegas. Saya sayang keluarga saya.

 

Kilat Dalam Kilau Copyright © 2010 Designed by Amir Azlan Sponsored by Online Shop Vector by Artshare

Sony PSP Go