Sepanjang cuti sekolah ini saya dan keluarga saya tidak pergi kemana-mana. Pada malam Sabtu saya, mama, abang dan kakak pergi pusing-pusing di Bandar Kluang.
Mula-mula kami memesan burger di kiosk burger berhampiran dengan fun-fair. Sementara menunggu burger kami melihat permainan di dalam fun-fair. Saya melihat pelbagai hadiah di fun-fair.

Selepas itu kami mengambil burger dan kakak membeli air mineral serta aiskrim. Kami menuju ke taman permainan. Sebelum bermain kami makan aiskrim serta burger. Selesai makan kami main permainan. Saya berasa sangat gembira kerana mama membawa saya ke seluruh Bandar Kluang.
Kami juga pergi ke tasik. Saya, abang dan kakak bermain pijak bayang-bayang dan tangkap-tangkap. Kami bermain hingga letih dan berasa sangat haus. Dalam perlajanan pulang, kami singgah di warung gelas besar. Kami minum fresh oren. Seterusnya kami terus pulang ke rumah.
Terima kasih mama.... Saya rasa sungguh seronok....
13 ulasan:
waaa.... ayah nak ikutttt... huhuhuhu
Ayah kan sibuk macam mana nak ikut.
alllaaaa.... telefon je lerrr... sedih laaaa... waaaaaa
ayah ni macam budak kecik.
mmg pun...sbb Si Kenit ayah kan kecik lagi....hahahhaha
ayah ni jahat la.
sbb tu la ayah nak ikut amir jugak... sbb amir kan baik... lain kali ajak ayah yer...boleh?
tak naklah.
ok, amir tak bagi ayah ikut yer... lain kali, kalau ayah nak ronda-ronda..amir nak ikut tak?
bolehlah ikut.
tq amirrr...hahahhahah
Amir, awak ni memang patut la kena panggil Si Kenit, sebab awak ni memang kenit...He...He...He... "Gurau je, janganlah marah"
Geramnya ayah ni.
Catat Ulasan