Pada hari Sabtu, saya dan keluarga pergi ke Proton City selepas selesai menghantar kakak ke asrama. Sebelum menghantar kakak, kakak membeli barang di Yat Fong. Saya membeli koko krunch. Saya dan abang makan koko krunch di dalam kereta. Dalam perjalanan ayah berhenti mengambil gambar. Ayah kata awan hari ini sangat cantik.


Semasa di Proton City, saya nampak ada orang bermain layang-layang. Saya teringin nak bermain layang-layang tapi masa tidak mengizinkan. Kira-kira pukul 6:40 petang kami pulang ke rumah. Ayah masih mengambil gambar-gambar awan. Kami juga mengambarkan awan dengan berbagai gambaran. Kelakarnya......
Terima kasih ayah, kerana memberi kebenaran mengambil gambar ini dari facebook ayah.



0 ulasan:
Catat Ulasan