Hey Boh !

Welcome to my BLOG!!!!!!

Jumaat, 24 Ogos 2012

Selamat Hari Raya!!!!!

Dicatat oleh Namaku Amir di 9:26 PTG

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!! Maaf Zahir dan Batin. Hai sesiapa pun yang tengok blog amir maafkan amir kalau amir ade buat silap atau salah tulis kat dalam blog ni. Maafkan amir sebab dah lama amir tak bkk blog ni.

Ni amir nak cerita masa raya pertama, amir demam sebelum raya sampai raya kedua. Amir pun tak pergi solat sunat hari raya. Abg ngan ayah je yang pergi. Amir duduk rumah ngan kakak dan mama. Amir pulak kena kemas rumah sebab mama suruh apelagi terpaksa lah buat. PENAAAT!!!!! Mama suruh kemas rumah sebelum ayah ngan abg sampai kat rumah.

Lepas tu, kitorang makan-makan kat dapur. Macam-macam adeee. Apa lagi amir pun jamah lah sorang-sorang. Heheehehe. Nasib baik perut amir kecik je bleh lah dioarang makan sekali. Lepas makan, kitorang kemas baju untuk balik kampung Mama pergi suruh abang ngan kakak kemas baju. Mama bagi upah duit topup untuk diorang. Mama tak suruh amir kemas baju sebab: 1. Amir takde henpon 2. Amir kemas baju tak kemas. (KESIANNN!!) Kejam punya mak.

Lepas kemas baju kitorang sembahyang berjemaah kat rumah. Ayah jadi imam. Selepas sembahyang, kitorang letak beg-beg yang ade baju untuk ke kampung. Sebelum bertolak kitorang bersalam-salaman ngan mama ayah. Ayah cakap siapa yang dapat angka lima kat duit ayah ngan mama sayang sangat kat diorang siapa yang tak dapat angka lima kat dia punya duit raya dia mama ngan ayah tak sayang dia sangat. lepas tu amir pun bukak lah sampul duit raya tu amir nampak RM 50. LIIIIIMAAAA PUUUUULUUUUH HIIIIIINGGIIIIIT!!!!!!!!!!!!!


Lepas tu kitorang pun bertolak nak ke Melaka. Kampung kat Melaka. Dalam perjalanan kitorang ade langgar sesuatu tapi bukan sesuatu tapi seseorang. Ada orang main U-Turn je dah lah tak pakai topi keledar. BAHAYA. JAGALAH KESELAMATAN DIRI ANDA SEMASA DI JALAN RAYA. Itulah al-kisahnya, cerita dan pengalaman daripada hari pertama raya hingga hari pertama raya. Hehehehehe. Bye-bye dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!


0 ulasan:

 

Kilat Dalam Kilau Copyright © 2010 Designed by Amir Azlan Sponsored by Online Shop Vector by Artshare

Sony PSP Go